~Sahabat2~

Tuesday, May 24, 2011

Bersyukurlah Anda Dilahirkan sbg Wanita Muslimah...=)

Walaupun umum memandang wanita sebagai golongan lemah, masih ada banyak kelebihan yang diciptakan Allah ke atas mereka. Malah, lebih unik lagi apabila ada antara ciri yang dianugerahkanAllah kepada wanita, tidak dapat dikuasai oleh lelaki. Cendekiawan dan pemikir juga menukilkan begitu banyak keistimewaan yang ada pada wanita. Antaranya:

  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat berbanding lelaki.
  • Sesiapa yang mendapat hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
  • Syurga terletak di bawah ‘telapak kaki’ ibu.
  • Panggilan ibu perlu dijawab terlebih dahulu berbanding bapa jika kedua-duanya memanggil.
  • Seseorang wanita yang taat kepada suami menyebabkan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga.
  • Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih berhak ke atas wanita. Baginda menjawab: “Suaminya.” Aisyah bertanya lagi, siapa yang berhak ke atas lelaki? Jawab baginda: “Ibunya.”
  • Wanita yang sempurna solatnya, puasanya, memelihara kehormatan dan taat kepada suami, dibenarkan masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukai.
  • Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad pada jalanNya.
  • Apabila lahir anak lalu diberikan susunya, setiap satu tegukan diberi satu kebajikan.
  • Bahunya cukup kuat untuk memikul dunia; tetapi cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
  • Memiliki kekuatan melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya.
  • Kudrat lebih lemah (berbanding lelaki) tetapi tabah dan berjuang ketika orang lain menyerah. Mereka mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.
  • Memiliki kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, walaupun ketika anaknya bersikap menyakitkan hatinya.
  • Kuat mendukung suaminya ketika kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
  • Dianugerahkan Allah kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala diuji untuk ada di sisi suaminya dalam apa jua keadaan.
  • Diberikan Allah air mata untuk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya untuk digunakan dalam apa jua keadaan yang memerlukan.

Hakikatnya kecantikan sebenar seseorang wanita bukan terletak pada wajah, tubuh atau penampilan yang menarik perhatian mata, sebaliknya kecantikan mesti dilihat lebih daripada itu.Erti kecantikan sebenar seorang wanita adalah kehebatan pintu hatinya yang menyimpan cinta suci.
Perlu juga diakui bahawa Allah menjadikan satu golongan itu mempunyai kelebihan (dan kelemahan) masing-masing. Jika lelaki selalu dikaitkan dengan kekuatan dan kepemimpinan, ia tidak bermakna wanita dinafikan hak mereka sama sekali.
Allah berfirman (bermaksud): “Dan antara tanda kekuasaan-Nya adalah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya. Dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar menunjukkan tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21).

* Semoga kita dr kalangan org2 y soleh n solehah..hargailah dri..dgn mndekatkan dri dgnNya...amin...wAllahu a'lam

No comments: