~Sahabat2~

Monday, April 4, 2011

ingin bertunang???mudah shja...:)



PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT
Assalammualaikum…..
Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,
utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang
peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga
sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam
membuat keputusan untuk menerima bakal
menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak
meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan
soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok
utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar
beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk
mengajar anak-anak dan isteri bila telah
mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan
perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu
seperti sembahyang secara individu dan
secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan
dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan
lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal
hubungan dengan Allah sebagai pokok utama
sejahteranya rumahtangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang
akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan
saja syarat yang akan mensejahterakan dan
mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-
anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak
taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’
kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir
rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang
lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah.
Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang
lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau
suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai
harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya
dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah
memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah
dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada
hak menentukan samada mahu menerimanya atau
tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya
kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat
keputusan, eloklah memberi keputusan kepada
walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan
walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak
akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik
akan memilih lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan
sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan
bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat
anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis
peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak
berlakunya percampuran di antara lelaki
perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat
hendak kita gambarkan sebab hati yang akan
terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu
dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh,
rumahtangga mereka berkat sebab dari awal
peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-
awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan
peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun
mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak
bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun
kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di
rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.
Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah
dapat kita jaga dengan baik.



Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan
peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang
mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-
buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin
bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah.
Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat
Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu
tinggi hilang keberkatan rumahtangga.



Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan
mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana
mas kahwin itu memang haknya. Walau
bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah
menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita
tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi
sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan
berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas
kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda
Rasulullah saw:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling
sediki mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi:
“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu
segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu
kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”


Kita patut mengetahui setengah daripada mas
kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh
dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji
bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan
mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih
kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak
perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan
mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali
perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis
mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada
mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan
isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan
wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga
boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam
surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah
seberapa banyak yang dikehendaki.







Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran
tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan
adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini
adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk
persiapan majlis perkahwinan.

Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah
diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal
menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada
hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan
tunangnya agar memperluatkan agamanya dan
bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati
tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-
sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu
qanaah, memadai dengan apa yang
telah ada tanpa rasa tamak.


Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu
tempuh yang agak lama jaraknya dengan
penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari
berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam
pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan
bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang
dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan
seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-
duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti
wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah
sosial dan kerosakan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang
diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan
kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak
melihat bahagian aurat tunang.



Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi
maklumat, menerima maklumat dan memberi
nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu
kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan
sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu
melihat atau berbual hendaklah bersama
muhrimnya. Di larang melihat tunang secara
bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita
di dalam sabdanya:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri
dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh
mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya
adalah syaitan”

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:
“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri
dengan perempuan yang tidak halal baginya,
kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan,
kecuali kalau ada muhramnya.”


















SubhanAllah begitu panjang dan lebar peringatan untuk kita...indahNya jika hidup bersyariat..mudah sekali rupanya bertunang dalam Islam...tp knp y kita lihat..pd masa kini..kebanyaknnya bertunang dah pun mcm kawin..pening2...gambar2 di atas ni..smua hantaran tunang...ya Allah...begitu banyak usaha kearah pembaziran..alangkah mudahnya jika kita mengikut syariat...perkara yang mudah disusahkan..alahai...sayang betul..
mungkin ade y ckp..

"betunang sekali seumur hidup..pasni xrasa da sume ni...xkan nk wt simple2 kut..mestila grand2 punye.."
wAllahu a'lam...

mmgla sekali seumur hidup..n bg sesetengah org ada juga y berkali2 dalam hidup...tapi..ingtlah, apa y lebih penting...adakah semua ini y kita kejar??
adakah jika x se'grand' ini..pertunangan kita akan diperlekehkn??
takutkah kita dengan kata2 org y hnya ddunia sekejp ini??
adakah pembaziran yang kita lakukan ini berbaloi???
mengapakah dalam Islam tiada semua ini??
mengapakah kita perlu bersush payah untuk perkara yang mudah??


Astaghfirullah..fikir2 knlah sahabat2 sekalian..anda pasti lebih bijak untuk menilainya...:)..
jgn sushkn diri untuk perkara y mudah...jgn bebankan diri anda dn membiarkan diri anda dibelenggu kewangan or ekonomi kerana kos pertunangan yang tinggi...anda berhak menentukannya...



" Islam Is The Way Of Life"

*sedih melihat sahabat yang menutup aurat dengan baik selama ini, TP kerana pertunangannya...auratnya diabaikan..Islam x lg jd keutamaan..tp KEPUASAN hati yang menjadi raja..wAllahu a'lam...same2 ambil pengajran..moga2 kita dilindungiNya..n ingtlah...ap y kita lakukan skrng..akan memberi kesan pd kehidupan kita akan dtg...jd..be a pious muslim..!..(n_n)..

2 comments:

miss ct said...

Assalamualaikum...
sungguh bagus sekali entry anda ini...semoga berjaya di dalam hidup di dunia dan akhirat =)

muslimah jundullah said...

Waalaikummussalam...
syukran jazilan...insyaAllah..smga kita smae2 bjya dunia n akhirt..:)..mnybrkn dkwah..insyaAllah..