~Sahabat2~

Sunday, October 31, 2010

sy ske n syg awek sy..TP...

sy ske n syg awek sy..TP...
by Muslimah Jundullah on Sunday, June 6, 2010 at 1:19pm
saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....

Sedarlah sekalian...jgn trus leka d buai mimpi....!!

Saturday, October 30, 2010

Tidakkah muslimat sekalian takut??



Ya Allah...bantulah aku menghadapi ujian2 Mu... dan sedarkanlah aku dan sahabat2 ku dari mimpi yang sementara...Alangkah siksa azabMu ya Allah..tapi kenapakah wanita2 sekalian masih lagi dalam mimpi...?? Tidak takutkah pada azabNya....

Disini ana ada nak kongsi 1 cite..... kejadiannye blaku petang tadi....ketikaku sedang duduk2 melayan buku...tiba2 ku menerima 1 mesej dari seorng adik junior... “ Salam..akak...saya ade emergency nk jumpa akak..personal...n sy rase da xleh tangguh lagi hal ni..saya malu nak p bilik akak...jd minta akk dtg bilik sy..tlg ye...penting sgt..urgent.”

Oleh itu, ana pun cepat2 p bilik adik 2.....terkejut ana...dengan penuh tanda soal dalam diri...aku ada wt salah ke ni?? N mcm2 lg persoalan...cz...mereka sedang menangis teresak2...

Rupe2nye...mreka mulakan cite...mereka nak berubah..takut pd azabNya...tapi xde kekuatan...n takut ngn bayang2 sendiri...takut dikatakan hipokrit jika berubah jadi baik..n merasekan bahawa dose menggunung menyebabkan Dia xkn menerima mreka lagi cz mereka pernah pergi terlalu jauh...jauh ke lorong gelap...  
  
   
Ketahuilah adik2 ku..sahabat2 ku..n buat diriku juga...
Kekuatan itu kita xperlu tunggu...tp kita harus cari cz ia bukan sentiasa datang...dan apabila ia dtg cepat2lah pegang supaya kita tidak lagi berpaling kebelakang...sedarlah bahawa...ajal akan tiba bila2 masa... tanyalah pada diri...nak tunggu datng seru?? Nk tunggu hidayahNya sampai?? ..mcm2 alasan yang direka kerana ingin menutup kesalahan sndri...adakah kita tahu bila ajal kita dtg?? Cuba bayangkan jika kita meninggal ketika itu kita masih lagi bermaksiat pada Allah...bolehkah kita beritahu pd malaikat tersebut.. “ wahai malaikat, jgn kau ambil lagi nyawaku...aku nak berubah dulu”  jawab persoalan ini sndiri....tepuk dada..tanya iman..

Ketahuilah... Allah itu maha pengampun...sebesar2 mana pun dosa yang pernah kita lakukan... Dia tetap ada untuk kita...jgnlh kita menutup pintu taubat dalam hati kita.. Bertaubatlah dengan taubat nasuha.. InsyaAllah....jika kita benar2 ikhlas.. Dia pasti bantu kita..menerima kita... ingtlh bahawa pandanganNya adalah lebih Utama...  Untuk berubah..kita mesti lakukan 1 titik perubhan dalam diri...dan bila kita melakukannya..teruskan..jangan lgi berpaling...kerana yang memgang hatimu hanyalah dirimu dan Dia yang maha Esa....


Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah dirimu melainkan dirimu sndiri...  jagalah qiamullai, banyakkan membaca dan memahami kalam Allah..iaitu Al-Quran..InsyaAllah akan menghasilkan hati yang wara’ dan lidah yang bersih.
Tidak akan berkumpul dalam satu hati yang dekat dengan Allah dan hati yang bermaksiat kepada Allah melainkan salah satu daripadanya mengambil tempat dihatimu...Jika benar pergantungan sebenar kpd Allah..lakukannya dengan ikhlas dan sabar... Jika mahukan atau ingin menjadi  istri/suami yang solehah/soleh bukan soleh/solehah selepas bernikah..ttpi mula dari sekarang krn diri kita.. Adalah cermin pasangan kita...jgn mimpi mndapat keluarga barakah, jika kita tidak didik nafsu kita dgn agama...jgn mimpi mendapatkan suami semulia Rasulullah jika diri tidak seteguh Khadijah..  Jika mahukan keturunan yang baik...jgn sesekali kita rosakkan dr sekarang...



Jaga hubungan kita dgn Allah...InsyaAllah..Dia akan memelihara hubungan sesame manusia daripada bermaksiat kepada Allah.. Rasakan Allah itu maha ,elihat dan mendengar..jika hati sukakan perkara lagha..nescaya akan dicabut kemanisan iman dalam beribadat ....  Ku berdoa agar adik2 ku..sahabat2 ku..istiqomah dalam meneruskan perjuangan menghadapi liku2 cabaran hidup ini...anggaplah segala yang datng adalah ujian buatmu dr Pencipta .... Dia tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi kemampuanmu....jadi...sedarlah..bgnlah..!
Katakan pd dirimu...aku mampu...!..aku boleh...!
InsyaAllah...smngt y menyusul dengan kesungguhan y dtangnye dr drimu sndri...akan dibantu olehNya...amin...
Renungan bersama...                            
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat       
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. 

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. 

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,         
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. 

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya       kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                    
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


Insaflah...jadilah wanita solehah yang dicintai Allah...jom kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik...!..InsyaAllah...

Friday, October 29, 2010



DOSA-DOSA DALAM BERFACEBOOK....sdr berkongsi..=D
by Muslimah Jundullah on Thursday, May 13, 2010 at 11:31pm

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin. 

Sumber : Ustaz Zaharuddin

Ya Allah...


BismilLahirRahmanirRahim…..
Ya Allah…..
Ku termenung sendirian apabila melihat kertas merah yang pernah ku tulis sebagai azamku…
Targetku untuk mencapai mardhatillah…
Tinggi cita-cita mengalahkan usaha..!
Ah…manusia….selalu handal dalam menutur bicara..
Mengalahkan sang Pencipta…
Angkuh….
Tidak berpijak dibumi yang nyata…
Inginkan diri menjadi solehah…tetapi usaha tidak memadai…
Siapalah aku dimataMu ya Allah..
Aku hanya hambaMu yang hina….
Yang tidak mengenal erti malu…
Sentiasa meminta-minta wlaupun terlalu kerap melakukan dosa…
TARGET!!
Menjadi muslimah solehah pd pandanganNya…
Kadang2 kosong….
Dikaburi dengan keseronokan dunia yang sementara…
Ya Allah….
Ku mohon padaMu….
Tika Kau berikanku kesedaran..keinsafan…ketenangan…
Kau peganglah hatiku kemas2….
Supaya aku tidak lagi berpaling..
Ya Allah…
Sesungguhnya hati ini meronta-ronta ingin menangis….
Kerana aku adalah hambaMu yang sentiasa lupa..alpa..leka…dengan nikmat yang engkau pinjamkan untukku walau seketika Cuma…
Lemahnya diriku saat diuji dengan keindahan sementara…
Ya Allah…

Jadikanlah aku…. Seorang da’ie yang tidak mudah berpaling tadah…
Amin…

Thursday, October 28, 2010

Kemana perginya malu seorang wanita???

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Tuesday, October 26, 2010

Adakah WaNita bOleh berSangGul????

NasiHat iKHlas UntUk aDik2 kU...

Untuk mendapatkan BIBIR yang menawan,
Seringkali ucapkan kata-kata kebaikan...
Untuk mendapatkan MATA yang indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda temui...

Untuk dapatkan BADAN yang sihat dan langsing,
Bahagilah makanan dengan mereka yang kelaparan...
Untuk dapatkan RAMBUT yang lembut dan indah,
Mintalah seorang anak kecil untuk mengusap dan
menyisirnya dengan jemarinya setiap hari...

Untuk dapatkan SIKAP dan TUBUH yang baik,
Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahun....
DAN anda tidak akan pernah berjalan sendirian...

Manusia hamba ALLAH yang baik, sempurna, jauh melebihi
segala ciptaan lain di bumi ini,
Lantas dengan itu,
Kita perlu ada perubahan ...
Menuju ke kebaikan..agar sentiasa diampuni..
Jadi...sentiasa berbuat baik sesama insan...
Jangan sampai ada rasa dendam, dengki yang meluap..

Apabila anda sudah lakukan semua itu,
Ingatlah sentiasa...
Kita hidup dengan sifat toleransi sesama insan..
Akan sentiasa ada tangan yang

menghulurkan pertolongan...
Semakin tambah usia kita..
Anda patut bersyukur dengan dua tangan yang ada..
Satu untuk diri sendiri dan satu lagi untuk orang yang
memerlukan...

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang
dikenakannya,
Bukan pada bentuk tubuhnya,
Bukan pada warna gincu yang dicalit pada bibirnya,
Bukan pada barangan yang diperagakannya...

Tapi,
Kecantikan wanita adalah pada pandangan matanya...
Cara dia memandang dunia..
Cara dia mentafsirkan apa yang berlaku di
sekelilingnya..
Kerana di mata wanita adalah tempat untuk menuju
gerbang hati manusia..
Di mana cinta akan bertaut hingga ia berkembang.

Kecantikan wanita juga bukan segalanya terletak pada
wajahnya..
Kecantikan abadi terpancar dari hati yang tulus suci
dan murni..
Membenih cinta dengan segala jiwa dan raga..
Agar cinta tumbuh sentiasa seadanya...
Tanpa berhenti...
KeBahaGiAan YAgN TiDak AdA KaITan DenGaN KEbAhAgiAaN ORang LaiN ADalAh KeBAhaGIaAn YAnG PALSU

wAhai iNsan y berNaMa waNita....

Warkah Buat Puteriku

Assalamualaikum warahmatullah…

Puteriku,

Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku
merenungimu dengan penuh kasih sayang. Waktu itu
engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau
dilahirkan kedunia ini oleh ibu yang mengandungkan
dirimu. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang
cahaya mata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat
kelembutan ibumu sebagai wanita solehah. Namun perlu
engkau ingati akan kelembutanmu itu, bukanlah
diskriminasi Tuhan terhadapmu. Aku berpesan buatmu
tentang keadilan Tuhanmu. Betapa agungnya Dia
menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita
supaya kau sanjungi anugerahNya buatmu.

Keagungan Tuhanmu mengatasi segalanya. Oleh itu
patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih
dijadikan cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya
untuk menunjukkan kasihmu terhadapNya. Perhatikan
segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau
dahulukan daripada amanah makhluk-makhlukNya.
Selamatlah dirimu tika mana kau memilih jalan Taqwa
dan meninggalkan perangkap maksiat dan kehinaan.
Puteriku! berimanlah dikau dengan Allah yang Maha
Agung. Yakinilah pada ajaran dan sunnah Rasulullah
saw. Berpeganglah pada dustur yang mengajarmu tentang
tarekat hidupmu lantas katauhidanmu akan mengikat
Taqwa dan imanmu terhadap penciptamu. Yakinilah bahawa
setiap perkhabaran para Rasul itu benar sekalipun
berita yang di bawa itu bukan cuma berita gembira.

Puteriku,

Hari ini aku akan menamakan dirimu. Aku memilih nama
seorang wanita yang aku kagumi dari kalangan
wanita-wanita lain yang juga turut menjadi idola.
Namun hatiku cuma muyul untuk menamakan dikau dengan
nama ini. Janganlah sesekali engkau merasa jengkel dan
kekurangan dengan namamu ini. Paling tidak merasa
cemburu dengan nama-nama temanmu yang lain barangkali
jauh lebih up to date. Percayalah bahawa namamu ini
sudah memadai untuk kau merasa rendah diri terhadap
Tuhanmu dan bertanggung jawab untuk menaladani
peribadi yang pernah bernama seperti itu. Ingatlah kau
bakal menjadi serikandi sepertinya suatu masa nanti.

Aku berpesan kepadamu tentang ilmu. Ilmu itu
mengangkat darjat manusia. Ilmu jugalah yang mencipta
peradaban ciptaan manusia yang hakikatnya adalah
ketentuan Ilahi. Ilmu jugalah yang memisahkan
kekufuran bila hidayah dicampakkan ke kalbu seseorang
insan. Oleh itu usahlah engkau pencilkan dirimu dari
ilmu kerana engkau bakal bergelar seorang ibu yang
akan mendidik anak-anakmu nanti. Ilmu duniawi dan ilmu
ukhrawi. Kedua-duanya muhim bagimu, namun ilmu ukhrawi
lebih aham. Justeru aku menyekolahkanmu di sekolah
aliran agama supaya cita-citaku itu menjadi pasti.

Sewaktu kecilmu engkau diasuh ibumu. Engkau
dibelaimanja. Ketika salahmu engkau diteguri supaya
engkauberhati-hati di lain kali. Ketika betulmu aku
dalam diam mensyukuri kepintaran yang dikurniakanNya
buatmu. Patuhilah perintah kedua ibu bapamu selagimana
ianyatidak berelisih dengan ajaran Islam. Usahlah
engkau bersedih tika engkau gagal sekali. Sebaliknya
berusahalah dengan lebih gigih kerana engkau masih
mempunyai peluang untuk kali kedua. Janganlah engkau
pencilkan kesedihan dengan esak tangismu yang
menyayukan hati. Janganlah engkau salahkan Tuhanmu
tika lara dan duka mengunjungi laman hidupmu.
Sedarilah itulah ujian TuhanMu untuk menilai kesabaran
dan ketaqwaanmu terhadapNya.

Puteriku,

Apabila usiamu mencecah sembilan tahun engkau akan
bertukar status dari seorang kanak-kanak perempuan
menjadi wanita. Ya… wanita yang punyai tanggung jawab
terhadap agama, diri, keluarga, bangsa dan negara.
Engkau bakal mengalami peristiwa ganjil. Janganlah
engkau takuti akan peristiwa itu lantaran ia adalah
perkara ghalib untuk kaum hawa. Engkau akan mengalami
haidh. Ia adalah darah yang keluar dari kemaluanmu
ketika engkau dalam keadaan sihat. Engkau perlu tahu
hukum-hakam mengenainya. Apa yang perlu engkau lakukan
dan apa yang ditegahi agama terhadapmu. Janganlah
engkau merasa hina dengan ia kerana ia adalah suatu
urusan yang ditentukan Allah kepada wanita-wanita
berketurunan Adam.

Selepas kajadian ganjil itu engkau punya tanggung
jawab besar. Engkau perlu lunaskan tanggung jawabmu
terhadap agamamu. Jangan engkau abaikan tanggung
jawabmu terhadap kesucian dirimu. Apabila sudah
berhenti haidhmu maka bersegeralah engkau menyucikan
dirimu dan kerjakanlah semula amal ibadatmu. Sesudah
itu engkau akan berkali-kali mengalami peristiwa tadi
sehingga engkau mengerti hikmah ketentuan Ilahi
terhadapmu. Usahlah engkau merasa pelik jika aku
tuturkan untukmu bahawa ada wanita yang tidak pernah
mengalami haidh dalam hidupnya. Dialah puteri
kesayangan Baginda Rasulullah (Fatimah al-zahra' r.a).
Ada wanita yang cuma datang haidhnya sekali seumur
hidup. Ada yang setahun sekali. Ada yang jarang-jarang
sekali dan normalnya ia datang setiap bulan. Maka
hitunglah. Paling kurang haidh itu adalah sehari
semalam dan paling lama tempohnya adalah 15 hari
berserta malamnya. Tentu engkau merasa pelik mengapa
aku menulis warkah ini seperti ini bukan? Aku ingin
mengajarmu tentang hidupmu. Tidaklah seorang wanita
yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat
(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama haidhnya membaca
"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah;
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka
Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa,
bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat,
seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia
selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. Justeru
janganlah engkau segan silu bertanya tentang usuran
agamamu pada hal yang tidak engkau ketahui atau engkau
ragui kesahihannya kepada orang-orang yang lebih
mengetahui. Janganlah engkau tanyakan pada orang yang
jahil kerana kelak fatwanya menyesatkan dirimu.

Selepas tempoh ini engkau akan membesar menjadi
seorang wanita. Tubuh badanmu akan mengalami perubahan
sedikit demi sedikit sehingga engkau bakal dikagumi
oleh lelaki. Wajib tika ini engkau menutup auratmu
terhadap pandangan lelaki ajnabi. Engkau tidak betah
lagi untuk menayangkan tubuhmu lantaran ia adalah
fitnah yang merosakkan. Waktu ini juga citarasamu akan
berubah. Perasaanmu untuk mendekati dan berkawan
dengan kaum lelaki melonjak-lonjak. Engkau akan girang
bila engkau punyai teman berlainan jantina. Itulah
yang dinamakan ikhtilat. Biasanya ia berlaku ketika
usia peralihanmu sewaktu engkau menduduki tangga
menengah alias usia remaja. Umur sementahmu itu pada
hematku tidak wajar engkau berbuat begitu melainkan
untuk urusan-urusan yang dibenarkan syariat. Ikutilah
jejak ibumu. Dialah modus operandi terhampir buatmu.
Seingatku dia tidak pernah menjalin hubungan alias
berpacaran dengan lelaki ajnabi selainku… itupun
selepas kami diikat dengan pertunangan. Namun masih
mera'ikan tuntutan syara'.

Puteriku,

Engkau adalah anak pasca alaf kemodenan. Paling tidak
engkau adalah generasi akhir zaman. Oleh itu janganlah
engkau sia-siakan zaman mudamu dengan hiburan dunia
yang melekakan. Penuhilah dadamu dengan ilmu. Tidak
rugi engkau menjadi seorang yang berilmu seperti
beberapa tokoh serikandi Islam yang pernah melakarkan
sumbangan mereka terhadap Tamadun Islam.

Lihat saja Saidatina 'Aisyah r.a yang terdidik oleh
Madrasah Rasul. Dia betah menjawab persoalan-persoalan
yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti.
Mengimbaskan nosstlgia Saidatina Khadijah r.a pasti
kita terpana akan perngorbanannya yang sukar untuk
ditandingi. Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung
kasih serta cintanya terhadap Ilahi tentu sahaja
engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah.
Kesemua mereka itu adalah wanita. Beruntunglah engkau
duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka.
Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan
untuk menghasut cemburumu, malah aku mahukan engkau
menaladeni jejak mereka. Tidak salah untukmu terjun ke
medan jihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agama
Allah. Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati
syahid. Pernahkah engkau mendengar kalam seorang
mujahid tentang perjuangan?

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku
dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh
beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong
percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang
benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai
seorang syuhada'."

Berbicara soal perjuangan merupakan suatu
realitikerana hidup ini adalah sebuah perjuangan.
Perjuanganmembebaskan diri dari cengkaman kekufuran
terhadap Ilahi. Perjuangan menundukkan hawa nafsu yang
sering meronta di dalam diri. Perjungan di titian
kesabaran mengerjakan perintah dan meninggalkan
larangan Tuhan. Perjuangan mendidik diri menjadi
seorang hamba dan perjuangan untuk merintis serta
mengembalikan kedaulatan Daulah Islamiah yang telah
lama hilang. Ya… itulah tugas utama kita. Itulah
amanah yang perlu kita lunaskan semenjak kejatuhan
Khilafah Islamiah Turkey Uthmaniah pada tahun 1924M.
Maka sehinggalah perjuangan murni itu mencapai
noktahnya yang entah bila janganlah engkau
menyimpangkan diri dan hatimu
dari terus bersama dalam ribat Jamaah Islam.

Puteriku,

Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang
isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu. Usahlah
engkau ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu
adalah untuk wanita solehah. Dari itu jika engkau
mengidamkan bakal suamimu sehebat Saidina Ali k.w
jadikanlah dirimu laksana semulia Fatimah al-Zahra'.
Aku nukilkan kata-kata Asma' binti Kharizah Fazari
r.a. diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada
puterinya pada hari perkahwinan anaknya, "Wahai
anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana
engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah
rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah
suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan
mentaat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi
mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai
supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau
bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan
memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia
mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka
jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar
suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya
dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan
yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang
indah sahaja daripada dirimu.

Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya.
Bukan sekadar pengkongsian kebahagiaan semata-mata
malah berkongsi segalanya sehinggalah manusia
menyedari tanggung jawab masing-masing sebagai suami
isteri. Taatilah suamimu dalam taqwamu terhadap Allah.
Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu.
Ingatlah wahai puteriku sesungguhnya Baginda Rasul saw
pernah bersabda: "Aku lihat api neraka, tidak pernah
aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan
yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah
s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya
dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik
kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup." Usahlah engkau merasa pilu
dengan perkhabaran-perkhabaran tadi. Persiaplah dirimu
kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dari
kalangan wanita lantaran mereka dari golongan
wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk
wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik.
Jadilah wanita yang mentaati perintah Tuhan dan
suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.

Puteriku,

Puisi ini untukmu…

Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah

Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda

Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda…


Puteriku,

Barangkali engkau sudah bosan membaca warkahku ini.
Aku tidak pasti bilakah masanya engkau bakal membaca
warkahku ini. Kalau engkau membacanya tika aku masih
di sampingmu maka anggaplah ini pesanku buatmu wahai
puteriku. Jika engkau membacanya tika aku sudah
disemadikan itulah wasiatku buatmu.

Untuk mengakhiri warkahku ini aku juga ingin berpesan
sebagaimana Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya…

Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari
pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

"Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka
jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka
jagailah pandanganmu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka
jagalah lidahmu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah
perangai dan adabmu.
Ingatilah kepada Allah s.w.t.
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Sentiasalah mengingati mati."


Ayahandamu.

Fatimah Al-Zahra' melipat semula warkah itu untuk
kesekian kalinya. Itulah wasiat ayahnya. Ayahnya gugur
syahid sebelum sempat melihat dia mencapai impian yang
dilakarkan dalam warkah bisu itu. Kini Fatimah
Al-Zahra' adalah penuntut tahun akhir jurusan Syariah
Islamiah di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah,
Mesir. Dia mencapai semula kitab Qawaid Feqh sebagai
isti'datnya untuk menghadapi imtihan dan terpenting
untuk mencapai impian seorang ayah.

Tamat.

Saturday, October 16, 2010

Wanita Ibarat Bunga



"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim) 

Wanita ibarat bunga... 
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... 
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... 
karena akhlaq wanita ibarat bunga diri.. 
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. 
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... 

Ibarat bunga.. 
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... 
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... 
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. 
tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... 

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. 

Karena itulah... 
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... 
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. 
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... 
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. 

Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang artinya, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas dan kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, tujuan hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, 
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa: 124) 

Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: "Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR At-Tirmidzi) 

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya: "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang tengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim. 

Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.