~Sahabat2~

Friday, December 9, 2011

3 hari..12 jam..


ya Allah..sedar x sdr..mse mkin hampir...aku..akan bgelar seorng isteri...
seorang isteri kpd seorng llki y brnama suami..
persoalan y pertama bemain di mindaku..
apakah persediaan aku untk beglar istri??
apakah amalanku mmpu mmbina sbuah kluarga y sakinah?
mampukah aku mnjadi sayap kiri pjuangannya?

 ya Allah..sesungguhnya..
untuk mmbina sbuah kluarga yang sakinah...mawaddah..dan barakah..
bukanlh mudah..
ia mmerlukan persiapan yang amat rapi..bermula..dr kita remaja lgi..atau mungkin lebih awl dr itu..

dan aku...
.......................................
wAllahu a'lam...
smga dpermudhkn sgla2nya..amin...



Thursday, December 1, 2011

titik hitam..



bila hti dinodai dgn titik hitam...
dan..dibiarkan begitu sahaja...
maka..titik itu..akan berubah menjadi tompok-tompok hitam..
bila titik hitam itu...
memenuhi hati...
maka...hati itu..bkn lgi dikawal oleh akal y waras..
tetapi..nafsu y dijadikan raja..

ya Allah...
aku insan y lemah ya Allah..
meskipun ku tahu..dosa dan pahala..
meskipun ku tahu...
ada azab bagi hambaMy u berdosa.
aku...aku tetap dengan kesombonganku..
tidak menghiraukan amaran2mu..

ya Allah..
aku hambaMu yang hina..
bahkan..tidak layak mngirup udaraMu..
tetapi..
aku..masih lagi begini..mmbiasakan diri dgn kesalahn...
dgn dosa2...

ya Allah..
aku merindukan driku dhulu..
disaat aku alpa...
aku lalai..Kau sering mengingatknku dgn amaranMu..

ya Allah..
aku merindui aku yang dahulu..
disaat aku sntiasa dikejutkan olehMu untuk bgn sujud kpdMu..


ya Allah...
ku tanya pd dri...
kenapa smuanya berubah??
ku tidak lagi seperti dlu???
knp ku seakan2 tidak takut kpdMu??
air mataku untukMu seakan-akan kering...!!!

ya Allah...
aku..hamba yang hina..

ya Allah..
berikanlah aku kekuatan...
amin..

Saturday, October 22, 2011

"bertemu di Syurga"


subhanAllah...indahnya cinta krnNya...membwa ke syurga..
cinta...cinta...cinta...
kata2 cinta y sering kita dgr...
smua org bole ungkapkan...mlahan budak kecik pun bole..
krn...perkataan C.I.N.T.A e2...hnya pd kata2...
bkn pd maknanya...
cinta y dipandu nafsu..adalah cinta y terbina dr tiang2 mksiat,,,
TTPI..
jika cinta y dipandu dgn iman..
subhanAllah..
indahnya cinta krnNya...
pasti...psangan e2 akn mnjd psgn y paling bhagia ddunia..
malahn..di akhirat sana..

Wednesday, August 31, 2011

Dia Maha Mengetahui...


hnya air mata mnceritakan segala2nya...
air mata...bknlh 1 kelemahan..tp 1 kkuatan..
senyuman trukir dibibir..blum tentu krn bahagia..
krn..1 snyuman blum ckup mnghilangkan derita...
ya Allah..ku pohon pdMu..tamatkanlah smua ini..
amin...
wAllahu a'lam..

Monday, August 8, 2011

Diari Antara aku dan dia….



Diari Antara aku dan dia….
Termenung dan terduduk Faris membaca diari tulisan tangan arwah isterinya (Buku Comel).. sambil mengimbau kenangan demi kenangan...ah…begitu singkat masa berlalu…bisik hati Faris yang masih hiba….
“ Abang.. terima kasih kerana menerima sayang seadanya…dan redha sayang mnjadi permaisuri hati abang..syukran jazilan..insyaAllah…masa yang ada…sayang akan manfaatkan sebaik yang mungkin dan memberikan khidmat yang terbaik buat abang sedaya yang sayang mampu…sayang akan usahakan abang…walaupun sayang tahu..sayang bukanlah insan yang solehah..abang…terima kasih abang..”


“ InsyaAllah sayang…abang hargainya…sayang adalah yang terbaik untuk abang..dan abang harap hanya sayang yang akan menjadi ibu kepada zuriat abang..sayang jangan sedih-sedih lagi ..abang akan sentiasa ada untuk sayang…abang akan menjadi penguat semangat untuk sayang…ada apa-apa sayang mesti beritahu abang…kita sudah pun sah sebagai suami isteri..tiada lagi rahsia..abang terima sayang seadanya sebagaimana sayang menerima abang..sayangkan nak jadi isteri yang solehah dan menyenangkan abang…”
“Abang….tapi…keadaan sayang sekarang…sayang tidak mampu…abang…sayang..”
“Sshh…sayang..sayang tenang ye..sayang jangan bimbang….insyaAllah semua akan jadi lebih baik..kita usaha ye..jangan disebut-sebutkan lagi tentang sakit tu…abang tak suka sayang sedih-sedih…lupakan…kita buka cerita baru ye…cerita antara kita..abang sebagai suami sayang..dan sayang sebagai permaisuri abang..isteriku.”
“abang..terima kasih..tapi. …”
“Sayang…sudah…jangan di ungkitkn lagi tentang itu…insyaAllah sayang sudah sihat sekarang…sayangkan nak hidup dengan abang..sayang mesti kuat..abang akan jaga sayang sebaiknya..sampai sayang lupakan semua kesakitan yang sayang alami….”


Buku Comel
20 Feb 2009
Alhamdulillah..hari ni…hari ke tiga aku di IPG KENT..semua terasa indah sekali..semua orang baik-baik disini..kecuali seorang mamat tu …aku betul-betul menyampah dengan si dia tu…entahla..apa yang tidak kena..mungkin sebab dia pernah menegurku sebab aku kerap keluar malam..em..mungkin…aku akui..betul dia tegur…tapi…dia perlu faham…memang dirumah selalu keluar dengan keluarga waktu macam tu…huhu…tak suke..!
22 Feb 2009
Hari ni…baru aku dapat tahu rupanya mamat yang tegur aku tu..Yang DiPertua (YDP) kat sini..orang Kelantan…negeri jiran rupanya..em..tapi tak bermakna dia tu baik…hari tu tegur aku secara umum….tetap tak suke..!
23 Feb 2009
Hari-hari asyik YDP je ada dalam fikiranku…em..Faris rupanya nama si dia…apa nak jadi pada diriku..tidak dapat dinafikan..dia memang baik sebenarnya..rase bersalah pun ada sebab salah sangka…akulah yang bersalah….:(
3 Mac 2009
Ya Allah…kenapa ni…kenapa aku berdebar betul bila si YDP tu sebut namaku tadi…janganlah aku suka kat dia…ya Allah…aku tak nak jadi macam ini…jauhkanlah aku dari fikirkan soal ni…ya Allah..buangkan perkara ni jauh-jauh dari hidupku..perjalanan masih panjang..mak ayah…tak nak macam ni…huhuhu

20 Mac 2009
Ya Allah…susahnya hati ini…adakah aku sudah terkena penyakit hati..ya Allah..peliharakan hatiku…kenapa begini..selama ini…sesiapa pun yang hadir dalam hidupku..aku anggap macam buih..senang je boleh hilang..apalah ilmu yang dia pakai ni…lagipun..sedarlah…sedarlah…aku memang tidak layak untuk dia tu…cubalah buka mata…dia tu siapa…aku ni siapa…jauh sangat…dia tu insan yang soleh..bukan macam aku ni….ya Allah..berikanlah aku kesedaran…bangun-bangun.!..huhu...tapi.aku dapat rasakan aku mencintainya..ya Allah...hatiku ibarat..bunga mawar yang layu…yang tidak dapat berdiri dengan sendiri..begitulah hatiku yang tidak dapat menghalang cinta yang hadir…
“ya Allah..andai memang dia jodohku…dekatkanlah kami..andai bukan…jauhkanlah..buanglah dia dari hidupku…meskipun aku bukan jodoh untuknya..jodohkanlah dia dengan insan yang solehah..hanya Kau maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu..amin…”


17 April 2009
Ya Allah, happynya..!!..macam tidak percaya… benarkah ini yang berlaku..YDP..Muhamad Faris..dia melamar aku…!!...katanya..nak jadikan aku isterinya..ya Allah..doaku termakbul..tidak ku sangka...rupa-rupanya dia pun ada hati denganku….!..orang yang ku dambakan kini melamarku..alangkah hebatnya kuasaMu ya Allah…walaupun kami ibarat kutub utara dan selatan..Kau telah membuka jalan untuk kami membina mahligai ini…ya Allah…syukur padaMu..semoga…kami sentiasa dibawah lindunganMu…Amin…jauhkanlah kami dari hasutan nafsu syahwat..jadikan kami golongan yang beriman..jadikanlah cinta antara kami adalah keranaMu…amin…


22 Dis 2009
Hari ini..genap 5 bulan aku dan dia telah mengikat satu ikatan iaitu pertunangan. Sememangnya ia adalah perkara yang menggembirakan dalam hidupku..tidak sangka…aku bergelar tunangan orang…tunang kepada Muhamad Faris..orang yang kukagumi kerana peribadinya…pertunangan… memberi seribu makna walaupun sekadar bertunang..
Mulai saat itu..aku makin yakin dan pasti bahawa dialah jodohku..dan itulah doaku saban hari

Namun…ada sesuatu yang membuatkanku semakin sukar untuk meneruskan pertunangan ini walaupun hati ini telah meletakkan dirinya sebagai separuh dari hidupku…sungguh berat ujianMu ini ya Allah..masihkah aku ini terbaik buat dirinya..panggilan telefon dari doktor petang tadi..amat mengejutkanku....aku menghidap barah hati…tidak hairanlah mukaku akhir-akhir ini selalu pucat..dan badanku begitu lemah.. ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang ku rasakan disaat doktor memberitahu keputusan hasil dari ujian darah yang telah kulakukan minggu lepas…ya Allah..beratnya hatiku…


Terasa lemah diri ini… Namun…ku tabahkan hati ini…ku masih mampu tersenyum walaupun pada hakikatnya…hatiku.. meronta..meraung..menangis…
Tp…ku yakin..la yukallifullahu nafsan illa wusa’ha…
Di saat ini…Aku dilemma….
Perkahwinan yang bakal dilangsungkan beberapa bulan lagi..Adakah perlu diteruskan atau putuskan sahaja pertunangan ini…ya Allah…andai semua ini mimpi…kejutkanlah aku dari lena ini…tak ingin aku terus begini…
Ya Allah..Untuk apakah aku meneruskan pertunangan ini andai sudah ku tahu bahawa aku tidak dapat menjalankan dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suri dalam rumah tangga..malahan, harapanku untuk melahirkan insan yang soleh dan solehah pejuang agamaMu..sememangnya tak akan kesampaian dengan kudratku ini..…
Adakah kehidupanku kelak hanya menyusahkan bakal suamiku..adakah aku ini hanya membebankan bakal suamiku…
Ah….dia terlalu baik untuk menerima semua ini….
Dia layak mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya..
Bukan insan sepertiku yang hnya akan mnyusahkan hidupnya
Bukan aku tidak redha ats ketentuanNya..ujian y dberi olehNya..


Tapi…
Apa yang kurasa…lebih baik orang yang menanggungnya hanyalah aku..ya..cukuplah aku sahaja yang menanggung semua ini…
Cukuplah aku sudah menyusahkan ahli keluargaku untuk menanggung kos perubatan ini..tak perlu melibatkan dia…aku sayangkan dirinya…tak sanggup ku menyusahkan dirinya..
Ya Allah..beratnya keputusan ini..
30 Dis 2009
Akhirnya…aku membuat keputusan…iya..aku harus memutuskan pertunangan ini..mesti!...pertunangan ni tak sepatutnya terus berlangsung…aku bakal susahkan orang yang aku sayang…iya..jika aku betul-betul sayang…aku takkan biar dia hidup susah.ckuplah aku yang tanggung semua ini…sakitku.hidupku..urusanku..tak perlu libatkan dia..sedarlah diri tu berpenyakit..jangan susahkan orang..!...nah kata-kata untuk driku sendiri..muktamad..!!..PUTUS.


Ya Allah..beratnya keputusan ni…tapi insyAllah inilah yang terbaik buat diriku dan dirinya…
Aku menerima dia dalam hidupku juga adalah keranaMu…kerana aku ingin menjadi sayap kiri perjuangannya…yang membantunya dalam gerak kerja dakwah…bukan menambahkan kesulitan, kesusahannya untuk jalankan amanahMu…
Ya Allah….moga-moga keputusan ku ini…adalah keputusan yang tepat…
Esok..aku akan suarakan hasrat ini. Aku tekad.
31 Dis 2009
Hari ini..aku mesti mesej dia…iya…ini penting.
Antara aku dan dia…mesti ada kata putus..
Perkara ini ku harus selesaikn antara aku dan dia…tak perlu orang tengah…tak perlu ramai yang tahu.
“Salam, asif ganggu ustaz. Ana nak bagitau, ana sudah fikir masak-masak, anta pun tahu keadaan ana sekarang. Ana hrap anta faham kenapa ana buat keputusan ini. Ana nk putuskan pertunangan antara kita.asif. Waalaikumussalam”
“Waalaikumussalam, ana faham..tapi ana rasa ustazah membuat keputusan dengan emosi, ustazah bertenang, solat, istighfar, minta petunjuk dariNYa, tenangkan diri..fikirkan balik apa yang ustazah minta..maaf, ana tak boleh terima dan tak setuju.waalaikumussalam.”
Balasan mesej darinya membuatkanku terfikir-fikir…salahkah aku…adakah keputusanku terburu-buru..aku mngikut saranan si dia..lantas ku berwudhu’..menunaikan solat..dan memohon kepadaNya.
Setelah selesai solat, tiba-tiba kedengaran satu mesej masuk…


“ Salam…ana takkan terima apa yang ustazah minta melainkan ustazah dalam keadaan betul-betul sedar, dan dapat petunjuk dariNya..ana redha jika ia adalah jawapan dariNya..tentang keadaan ustazah..insyaAllah, la yukallifullahu nafsan illa wusa’ha…jika ini adalah ujian untuk ustazah..maka ianya juga adalah ujian buat ana…ana redha..dan terima ustazah seadanya..dan percayalah pasti ada sesuatu rancangan yang lebih hebat dariNya…dan pasti ada hikmahNya..jangan putus asa dengan nikmatNya…dan ana nak ustazah tahu yang ana bertunang dengan ustazah sebab ana nak buktikan ana memang betul-betul nak jaga ustazah dan tak main-main dengan ustazah. Kemudian, ana tak nak ada orang lain yang miliki hati ustazah melainkan ana. InsyaAllah ana akan bahagiakan ustazah…bertemu kerana Allah..hubungan ini juga terjalin kerana Allah..ustazah..pertimbangkanlah..waalaikumussalam”
Ya Allah…murni sungguh hatinya..
8 Januari 2010
Ya Allah..telah seminggu ku memohon pdMu…berikanlah aku jawapanMu…Amin2 ya Allah…


11 Jan 2010
Pada jam 4 pagi ku bangun seperti biasa…tapi kali ni agak aneh…ya..mimpi yang ku dapat sebentar tadi aneh…betul-betul aneh…ada seorang lelaki tua datang padaku…orangnya sederhana tinggi..kulitnya putih bersih..entah siapa..tapi…bkn itu yang menyebabkan mimpiku itu aneh..tapi apa yang disampaikn padaku…menyuruhku meneruskan pertunangan ini…benarkah ini petunjuk dariNya???
Ya Allah….ku bingung…apa yang ku mimpi…jauh berbeza dengan hatiku….ah….aku tak sanggup melukai hati orang yang kusayangi dengan membebankan dirinya dengan keadaanku…walaupun dia redha denganku..ya Allah…jika ini petunjuk dariMu..ku redha…tapi..bagaimana dengan sakit yang menimpa diri….adakah aku mampu menjadi seorang isteri pejuang Islam…mampukah aku???adakah aku hanya menjadi beban untuknya…iya..aku hanya bebanan..abaikan mimpiku..
Tapi..
Mesej darinya…ku baca berkali-kali…ku faham..dia lebih mengerti keadaanku…tapi biarlah dulu…esok baru ku buat keputusan..ah..sakitku..ya Allah..terasa makin mencucuk2…
Kadang-kadang terasa susah untuk bernafas…badanku makin lemah…mataku makin kabur…kata doktor…mataku mungkin akan terus begini kerana hatiku sudah ditahap kritikal…ya Allah…kuatkan aku….jadikanlah aku dikalangan hambaMu yang dekat padaMu…jadikanlah sakitku adalah penawar dosa-dosaku ya Allah..kuatkan aku..kuatkan aku…


15 Jan 2010
Alhamdulillah…akhirnya..aku yakin mimipiku adalah dariNya..lintasan hatiku kuat mengatakan ianya benar…aku pasrah..insyAllah ini yang terbaik buatku…
Aku akan menerima dia..menjdi sebahagian dari hidupku…tapi aku juga akan redha jika dia akan menduakanku..insyaAllah..lapangkan dadaku ya Allah….
Jadikanlah keputusan ini adalah yang terbaik untukku..Amin..

6 Jun 2010
Alhamdulillah..persiapan untuk perkahwinanku sudah siap semuanya..esok..adalah hari bersejarah dalam hidupku…ya Allah…Kau satukanlah kami dengan ijab qabulMu…Amin….


7 Jun 2010
Syukur padaMu semuanya berjalan lancar walaupun badanku begitu lemah…bahagia betul rupanya bila bergelar isteri…aku berazam akan menjadi isteri dan ibu yang solehah buat suamiku dan bakal zuriatku akan datang..insyaAllah…aku akan usaha sedaya mungkin berikan khidmat yang terbaik..!..yeah..chaiyok2..!!..aku kena kuat…sekuat-kuatnya..!..senyum..:)..pembakar semangatku sudah halal bagiku..insyAllah sampai ke syuga..
Abang…sayang amat mnyayangi abang.


8 ogos 2010
Wahai buku comelku….da lme ku tidak mnulis….sibuk btul..xsmpat nk mnulis…jgn sedih2 ye…hari ni bahagia btul….suamiku blikan seekor kucing untuk mnemaniku bila dia pergi kerja…hepi btul…syg abg..!...buku comel jgn jeles ye…
10 Ogos 2010
Badanku makin lemah…penat dengan semua rawatan kimo….ah…boleh ke aku tak nak semua tu….ubat..kimo…semua tu menyakitkan…tak, aku kena kuat. Aku ada suami yang sayang padaku…kuatkan semangat…!


15 Ogos 2010
Hari ni…aku terasa begitu lemah..kasihan betul melihat suamiku yang sudah tiga hari ambil cuti tanpa gaji kerana menjagaku penuh perhatian..tapi..sayangku..mataku makin kabur…sayangku abang..andai sayang pergi dulu..maafkan sayang ya..sayang tak dapat tunaikn tanggungjawab sayang sebaiknya….sayang tak mampu jadi isteri yang solehah…maafkan sayang….sayang dapat rasakan..masa betul-betul cemburu dengan sayang…abang jaga diri baik-baik ya…kalau sayang dah tak da  jaga buku comel ni baik-baik ya abang..



9 Feb 2010
Abang…sayang rasa sayang makin hampir denganNya…abang doakan sayang ya..sayang dah redha dengan semuanya..nanti kita jumpa di syurga..abang..terima kasih sebab berikan kesempatan untuk sayang menjadi yang halal buat abang…halalkan semuanya untuk sayang..jaga diri baik-baik…
Ya Allah…sesaknya nafasku…..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….


Faris menutup diari arwah isterinya…menitis air matanya membasahkan buku comel itu..ah..sayang…isteriku..maafkan abang..buku comel sayang abang bagi basah..sayang. Abang akan simpan kenangan kita kemas-kemas dalam kamus hidup abang..sayang..ketahuilah...hadirmu bagaikan pelangi..walaupun..sayang hadir hanya sekejap tapi cukup memberikan abang seribu makna..sayunya hati membaca diari itu….oh isteriku..hatimu begitu suci dalam menilai kasih sayang abang…abang fikir…abang yang pergi dulu…maafkan abang kerana merahsiakan penyakit abang..maaf sayang..abang tak sempat memberitahu yang abang..ah....smua tu tak penting lagi…tak guna abang luahkan..apa yang pasti…abang pasti menyusulmu..pasti..sayang…tunggu abang di pintu syurga..bidadariku…




Saturday, July 16, 2011

msihkah ia melindungi muslimah??


Bismillahirrahmanirrahim...sobah khair..:)...smga smua sihat2....
tetiba terfikir..merenung...zaman kini..pelbagai2 jenis tudung ada..termsuk tudung salji..:D...em..trfkir sejenk..adkh tudung zaman kini..mnepati syariat?adakah design2 y ada direka khas mngikut motif bertudung?..n..adakah tudung ini msih dikatakan hijab y mlindungi muslimah?atau..tudung kini hnya jd tontonan..n kebanggaan muslimah dlm arena fesyen?..wAllahu a'lam....sme2 renungkn n slmt beramal...
hati ini sdih....sedih mlihat muslimah2 y dikasihi sekalian...
ketahuilah muslimah..anda permata yang dijaga...seperti permata dalm bekas kaca yang teramat indah...
ketahuilah anda wahai muslimah y disyangi...sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah...
coretanku disini...bkn krn aku merasakan driku wanita solehah..ya Allah..jauh sekali peribadi wanita solehah dgnku...amat2 jauh..
tp..pcyalah sahabat2 ku..adk2ku..ssungguhnya..mnusia ini..mmg sifatnya pelupa..krn itu kita hndaklah berusaha berpesan2 ke arah kebaikn...krn...aku syg..syg pd muslimah2 sekalian...anda adalah driku...anda adalah cermin bg muslimah...sygi dri anda..insyaAllah...Allah akn bersama kita...

ketahuilah muslimah...wanita solehah bnyk btul kelebihannya...tidakkh muslimah2 sekalian mahukan..


> 1. Doa wanita lebih makbul daripada
> lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
> kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
> kepada Rasulullah S.A.W akan hal
> tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih
> penyayang daripada bapa dan doa orang
> yang penyayang tidak akan sia-sia.”
>
> 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
> baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
>
> 3. Barang siapa yang menggembirakan anak
> perempuannya, darjatnya seumpama orang
> yang sentiasa menangis kerana takutkan
> Allah S.W.T dan orang yang takutkan
> Allah S.W.T akan diharamkan api neraka
> ke atas tubuhnya.
>
> 4. Barang siapa yang membawa hadiah
> (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu
> diberikan kepada keluarganya, maka
> pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
> mendahulukan anak perempuan daripada
> anak lelaki.Maka barang siapa yang
> menyukakan anak perempuan seolah-olah
> dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
>
> 5. Wanita yang tinggal bersama
> anak-anaknya akan tinggal bersama aku
> (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
>
> 6. Barang siapa mempunyai tiga anak
> perempuan atau tiga saudara perempuan
> atau dua anak perempuan atau dua saudara
> perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
> pergaulan dengan mereka dan mendidik
> mereka dengan penuh rasa takwa serta
> bertanggungjawab, maka baginya adalah
> syurga.
>
> 7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa
> yang diuji dengan sesuatu daripada
> anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
> baik kepada mereka, maka mereka akan
> menjadi penghalang baginya daripada api
> neraka.
>
> 8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
>
> 9. Apabila memanggil akan engkau dua
> orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
> ibumu dahulu.
>
> 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
> suaminya akan tertutup pintu-pintu
> neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
> Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
> kehendaki dengan tidak dihisab.
>
> 11. Wanita yang taat akan suaminya,
> semua ikan-ikan di laut, burung di
> udara, malaikat di langit, matahari dan
> bulan, semuanya beristighfar baginya
> selama mana dia taat kepada suaminya dan
> direkannya (serta menjaga sembahyang dan
> puasanya).
>
> 12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya
> kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang
> lebih besar haknya terhadap wanita?
> Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula
> berhak terhadap lelaki?” Jawab
> Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
>
> 13. Perempuan apabila sembahyang lima
> waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara
> kehormatannya serta taat akan suaminya,
> masuklah dia dari pintu syurga mana
> sahaja yang dia kehendaki.
>
> 14. Tiap perempuan yang menolong
> suaminya dalam urusan agama, maka Allah
> S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
> lebih dahulu daripada suaminya (10,000
> tahun).
>
> 15. Apabila seseorang perempuan
> mengandung janin dalam rahimnya, maka
> beristighfarlah para malaikat untuknya.
> Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
> hari dengan 1,000 kebaikan dan
> menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
>
> 16. Apabila seseorang perempuan mulai
> sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T
> mencatatkan baginya pahala orang yang
> berjihad pada jalan Allah S.W.T
>
> 17. Apabila seseorang perempuan
> melahirkan anak, keluarlah dia daripada
> dosa-dosa seperti keadaan ibunya
> melahirkannya.
>
> 18. Apabila telah lahir (anak) lalu
> disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
> tegukan daripada susunya diberi satu
> kebajikan.
>
> 19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur
> dan memelihara anaknya yang sakit, maka
> Allah S.W.T memberinya pahala..

subhanAllah...bnyknya fadhilat2 y Allah berikn..tp knp..mngapa..n bgaimana n siapa kita ini...ya Allah..ssungguhnya hambaMu ini bg2 jahil mnilai permainn dunia...ya Allah...smga Kau mlindungki kami2 ini ya Allah..amin...

tp..knp msih bgni??..tepuk dada..tanya iman..wAllahu a'lam..





 sme2 kita renung2kn..:)