~Sahabat2~

Monday, May 30, 2011

pAsRah...


:: Kadang-kadang kita perlu mendengar "lafaz" yang sama yang selalu kita "lafaz"kan kepada orang lain ::

Kerna itu adalah "fitrah" bagi orang2 mukmin...

~nasihat menasihati, pemberi motivasi juga menerima motivasi, pengkritik perlu dikritik, tapi bila "fitrah" tidak berada ditempatnya... tiadalah mukmin, turunlah darjat muslim ...

~ya ALLAH tetapkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang mukmin... mode : pasrah ...(kurniakanlah padaku "redha" agar aku merasainya..ku serahkan segala2nya kepada MU)

Sunday, May 29, 2011

Andai ini takdir untukku...


hari2 y blalu...ku rasakan bg2 lambat...sehingga mnyesakkn nafasku...
ku berdoa...ku berharap..agar..hari2 y kulalui ini...hnyalah mimpi..
namun...harapanku...mmbuatkanku tersenyum..dan ketawa sendiri..
mana tidaknya...kerana ku tahu..ianya REALITI...bukanlah mimpi seperti yang ku harapkan..
aku mesti..dan pasti menerima segalanya.. dan hadapi hari2 ini dgn tabah..dan senyuman meskipun ianya tawar..
setawar hatiku...kdg2 ku terfikir...apakah hidup ini mesti ada pengorbanan...?
adakah..cinta, kasih sayang, persahabatan, keluarga..memerlukan pengorbanan?
dan..apakah sebenarnya erti PENGORBANAN?..


adakah ianya..ibarat buih...y kelihatannya sekejap...dn hadirnya hnyalah sbg perhiasan sementara?
knp mesti mlakukan pengorbann?
adakah pengorbann ini..hnya untuk mlihat org2 disekeliling tersenyum gembira sdgkan hati sndri luka parah...
persoalan demi persoalan...
dan pastinya..tiada jawpan...
krn....sebuah pengorbann..tiada nilainya...
dan..hanya org y bnr2 mnghargai..akan mngenl erti pengorbanan..
ya Allah..andai ini adalah suratan..takdir untukku...tabahkanlah hatiku..
lapangkan dadaku untuk mnerima ujianMu ini...jgnlah biarkan aku tersungkur lalu rebah...
jgnlah biarkan aku merintih dlm kegelapan krn aku bimbang..aku akan lupa siapa diriku...
ya Allah...ingatknlh aku akan pnderitaan..ujian2 y maha hebat bagi umatMu y terdahulu..
supaya aku akan sentiasa mampu tersenyum meskipun hatiku kian tawar..
supaya aku sedar..bahawa ujianMu ini..hnyalah secebis..
mungkin satu zarah berbanding ujian2 pd hambaMu y terdahulu..

ya Allah....aku sygkan org2 disekelilingku..
jgnlah bnrkn hatiku terus memendam luka ini..
krn aku bimbng..ia akan berubah mnjadi api kebencian..
ya Allah..ssungguhnya..aku amat takut akan penyakit hati..iaitu benci..
krn...ia akn mroskkn hati..
ya Allah....jadikanlah aku diantara hambaMu yang redha di ats setiap ketentuanMu..
krn aku yaqin dan pasti...La Yukallifullahu Nafsan Illa Wusa'ha...dan..setiap yang berlaku..
pasti..ada HIKMAHnya...

*Suara hati adalah pengorbanan iaitu mengenepikan diri sendiri atau ego kepada tujuan, perjuangan atau prinsip yang lebih tinggi. Pengorbanan sebenarnya bermakna melepaskan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik. Tetapi di dalam pemikiran orang yang melakukan pengorbanan, sebenarnya tiada pengorbanan berlaku ianya hanya untuk sipemerhati ianya satu pengorbanan.

Friday, May 27, 2011

cuti...kawin....

Alhamdulillah...balik suda..esk...kakakku akan sah mnjadi istri org...smga...kekal bhagia hingga akhirat...n..dpt mmbina sbuah kluarga y penuh dgn barakah, sakinah n mawaddah...:)

Tuesday, May 24, 2011

Cinta Misteri.....

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan
mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur....
Insya Allah...

*misteri CINTA...siapakah pmiliknya..y pasti..Dialah pmilik cinta y Agung...muhasabah Cinta...cinta abadi hnyalah cinta pdNya...wAllahu a'lam

Bersyukurlah Anda Dilahirkan sbg Wanita Muslimah...=)

Walaupun umum memandang wanita sebagai golongan lemah, masih ada banyak kelebihan yang diciptakan Allah ke atas mereka. Malah, lebih unik lagi apabila ada antara ciri yang dianugerahkanAllah kepada wanita, tidak dapat dikuasai oleh lelaki. Cendekiawan dan pemikir juga menukilkan begitu banyak keistimewaan yang ada pada wanita. Antaranya:

  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat berbanding lelaki.
  • Sesiapa yang mendapat hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
  • Syurga terletak di bawah ‘telapak kaki’ ibu.
  • Panggilan ibu perlu dijawab terlebih dahulu berbanding bapa jika kedua-duanya memanggil.
  • Seseorang wanita yang taat kepada suami menyebabkan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga.
  • Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih berhak ke atas wanita. Baginda menjawab: “Suaminya.” Aisyah bertanya lagi, siapa yang berhak ke atas lelaki? Jawab baginda: “Ibunya.”
  • Wanita yang sempurna solatnya, puasanya, memelihara kehormatan dan taat kepada suami, dibenarkan masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukai.
  • Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad pada jalanNya.
  • Apabila lahir anak lalu diberikan susunya, setiap satu tegukan diberi satu kebajikan.
  • Bahunya cukup kuat untuk memikul dunia; tetapi cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
  • Memiliki kekuatan melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya.
  • Kudrat lebih lemah (berbanding lelaki) tetapi tabah dan berjuang ketika orang lain menyerah. Mereka mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.
  • Memiliki kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, walaupun ketika anaknya bersikap menyakitkan hatinya.
  • Kuat mendukung suaminya ketika kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
  • Dianugerahkan Allah kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala diuji untuk ada di sisi suaminya dalam apa jua keadaan.
  • Diberikan Allah air mata untuk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya untuk digunakan dalam apa jua keadaan yang memerlukan.

Hakikatnya kecantikan sebenar seseorang wanita bukan terletak pada wajah, tubuh atau penampilan yang menarik perhatian mata, sebaliknya kecantikan mesti dilihat lebih daripada itu.Erti kecantikan sebenar seorang wanita adalah kehebatan pintu hatinya yang menyimpan cinta suci.
Perlu juga diakui bahawa Allah menjadikan satu golongan itu mempunyai kelebihan (dan kelemahan) masing-masing. Jika lelaki selalu dikaitkan dengan kekuatan dan kepemimpinan, ia tidak bermakna wanita dinafikan hak mereka sama sekali.
Allah berfirman (bermaksud): “Dan antara tanda kekuasaan-Nya adalah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya. Dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar menunjukkan tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21).

* Semoga kita dr kalangan org2 y soleh n solehah..hargailah dri..dgn mndekatkan dri dgnNya...amin...wAllahu a'lam

Sunday, May 22, 2011

Sedarlah oh wanita...



Sedarlah oh wanita...
 Dirimu amatlah berharga... 
Pertahankan maruah... 
Tinggalkan lembah hina... 
Kembalilah pada Allah.. 
Carilah keredhaanNya..
Masih ada kesempatan masa..
Sebelum kau menemuiNya...




 
     Wahai wanita sekelian...renungilah kejadian mu dari kesunyian Adam a.s. maka terciptanya Hawa a.s. Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.

    Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.

   Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)

   Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'.

   Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.

   Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.

  Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.

    Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.

   Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?

   Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.

     Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

   Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

   Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

  Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

  Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

   Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."

Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

   Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

  Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.


   Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara .

"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati
suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan di laut, malaikat di langit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya.


Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah,jihad di jalan Allah, Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang, jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam.. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah d jalan da'wah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan utk menuju Tuhan..

4 IBU UTAMA





Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di
pandang sebagai ibu iaitu:


1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA..
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan
Kesabaran..

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh  : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar    : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
Magrib   :  Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Al-Quran:

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh
orang lain

UsraTi..JaNnAti...


BismilLahirahmaanirrahim....Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Sesungguhnya..waktu ini...perasaan rinduku kpd kluarga y sakinah..mawaddah membuak2 dihatiku...

Ya Allah...jernihkanlah hubungan kami Ya Allah.. peliharalah hbgn kami...
suburkn benih2 cintaMu kpd usrati...
Ssungguhnya..ku amat merindui saat itu..detik itu....
Disaat...kita semua duduk bersama..bergurau senda..bergelak ketawa..bermusyawarah..
Ya Allah..asyku jiddan..
Semoga Kau pelihara kluargaku..dr segala malapetaka...


Ya Allah...
Hanya padaMu ku meminta...
Hanya pdMu ke berserah...
Andai smua y berlaku mmbuahkn kbahagiaan y berpanjangan..
Izinkanku senyum dalam kepayahan..
Ya Allah...
lembutkanlah hati2 hambaMu...
Amin..Amin..Amin ya Rabbal A'lamin...


*Mk ayh...ct rindu sgt2..nk balik..jumpa smua..tp ct tkut..tkut nk hadapi smua 2..ct hrap smua jd lebih baik..mungkin mmg ct ade wt slh..mfkn ct...Tasnim ank sdraku y pling disayangi..sanah helwah syg..mf..kholatijah bkn xnk kol ucpkn slmt hari lahir..tp kholatijah x kuat..kholatijah takut..mf ye syg..smga Tasnim jd ank y baik..ank y solehah..y mndgr ckp..ssuci namamu...ct syg smua..rindu sgt2 ngn mse dlu2..amin..wsalam.

Saturday, May 21, 2011

AlhamDulillah...


1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : 
  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. : 
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. 

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 ) 

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 ) 

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t. 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 ) 

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang. 

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :

" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ". Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim) Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )



" Dia x kn ambil ssuatu dr kita..mlainkan dgn menggantikannya dgn y lebih baik lgi."

jd..percayalah..bahawa..

"Setiap perkara y berlaku pasti ada hikmahNya"

oleh itu..harus yaqin dgn janjiNya..

"Dia xkn mmberikan ujian kpd hambaNya y x mampu"

maka...pastinya Dia hnya berikn ujian tersebut mngikut kemampuan hambaNya..jd..

"yaqinlah bahawa Dia sntiasa ada dgnmu"

wAllahu A'lam..


Belajarlah untuk ikhlas.

Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya. ( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin ) 





*ssungguhnya...Islam itu indah..stiap y blaku mndidik kita berfkirn positif..insyaAllah..yakin kita pasti boleh..sntiasalah bersyukur pd pmberianNya..meskipun dalm bentuk ujian y kdg2 kita rasa berat untuk kita pikul..tp percayalah..kkuatan itu tidak seharusnya kita tunggu..tp kita harus cari..bila kekuatan 2 ada pd kita..pganglah ia kuat-kuat supya ia tidak lgi terlepas..krn..sekali ia pergi...berkurun-kurun untuk ia dtg kembali..:)..hargailah apa y kita ada...syukran jazilan buat dirimu..y telah bnyk menasihatiku...mnyedarkn ku..dn mnjadi penguat smngt utkku trus tabah mnghadapi ujian ini dgn positif..:)..insyaAllah..pasti ada ganjaran y hebat drNya..wssalam..

Thursday, May 19, 2011

PESAN SEORANG AKHI


(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhawat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.



Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur

Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,

Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas

Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,

Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.