~Sahabat2~

Sunday, November 21, 2010



Zaharuddin.net : " Dari telinga jtuh ke hati, itu wanita, mudh t'pesona dgn ap yg didengarinya. Akibtnya, sering t'tipu antra pujian hakiki n tipu helh perangkp. Dri mata jtuh ke hati, itu lelaki, mudh t'pesona dgn ap yg dilihatnya, hingga kerap terkeliru antra indh hakiki & palsu. Justeru, wnita perlu b'hati2 dgn ucpn indh yg didengarinya, lelaki perlu mnjga pndngnnya."

Saturday, November 20, 2010

Sdey....:(

Salam…
Sedikit perkongsian hidupku…
Alhamdulillah..akhirnya sampai juga d bumi Terengganu..setelah merantau di sabah..
Kali ni….balik umah bwa balik daging rusa..wt surprise untuk mak ayah cz mereka mmg suke makan 2…walaupun bnyk ckit halangan d a.pot cz mmg sbnrnye x dbnrkan bwa msuk “frozen” food…tp setelah ku bertungkus lumus mmperjuangkan..akhirnya bole…Alhamdulillah…dpt jgk bwak balik bg kt fmly….
Banyak sangat perkara sedih kali ni…yelakn…berpisah ngn akak2 senior BA yang telah banyak membantu..bg tnjuk ajar….n mcm2….terutama org 2….em..sume da xde da taun dpn..tinggallh kami bebudak lg di IP 2….(agak sedih d c2)…
Paling ditakuti…adakah kami mampu mwujudkan bi’ah solehah di sana… Ya Allah..bantulah kami meneruskan pjuangan..kuatkan semangat kami…hanya pdMu kami memohon…untuk menegakkan syiar Islam d bumi sabah..insy…
Rasa cm xnk balik sabah lg..sdey….pasti tringt segala kenangan kt sana bersama merka yang ku sayangi…….:(

Thursday, November 11, 2010

Friday, November 5, 2010

APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?




Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.
Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak . Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:
- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topik asal.
- Perincian Topi-Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapan-Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.
Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”
Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”
FirmanNya yang bermaksud:
“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”
Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.
Note : Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. 




tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:
1.      Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.
2.       Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?


3.      Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihan

4.      Lunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan  dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi :
5.      “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)
6.      Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung mahupun platform lain , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.

7.      Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
8.      Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
9.      Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.


Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.



Wednesday, November 3, 2010

Ikhtila'???..ish3...



Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Facebook dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.
Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.
Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Note : Pernah mencuri hati seseorang? Atau pernahkah hati ini dicuri seseorang? Kalau dicuri hati tidak mengapa, tapi kalau dicuri iman itu bahaya. Jadi biarlah hati ini dicuri oleh orang yg boleh menguatkan iman kita. Yang pastinya, dalam jalan pernikahan yang halal. Wanita2 yang bujang eloklah beringat, berdoa semoga menjadi golongan yang memperteguhkan iman kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya dengan laki-laki sama ada yang bujang atau pun yg sudah punya isteri. Janganlah mengurangi iman si gadis dengan kata2 godaan penuh licik dan pandangan membunuh. Sama juga dengan wanita, jangan berperangai murahan.

Genggamlah imanmu kuat-kuat! (^.~)

PERSOALAN…!



KENAPA MASIH ADA LAGI YANG SANGGUP MELAWAN HUKUM ALLAH HANYA KERANA MENGUTAMAKAN NAFSU SEMATA-MATA????

APAKAH KITA SANGGUP MENGATAKAN FITRAH ITU YANG SALAH???

APAKAH KITA RASA BAHAWA BJUMPA BERDUA, BPEGANG TANGAN, BERSENTUH YANG DIKATAKAN BERLAPIK, BERGAYUT DENGAN SUARA YANG MANJA, ADALAH HALAL BAGI KITA SEKRANG???

KENAPA KITA SENTIASA TAKUT DENGAN BAYANG2 SENDIRI???

KENAPA KITA SANGGUP MENIDAKKAN HUKUM ALLAH HANYA KERANA INGIN MENUTUP KEAIBAN ATAU KESALAHAN KITA SENDIRI???

SEDARLAH….!

BUKAN HANYA MANUSIA SEKELILING KAMU YANG MELIHAT KAMU….
RASAKAN DALAM DIRI, ALLAH ITU MAHA MELIHAT..!!!

SESUNGGUHNYA, LAHIRNYA MANUSIA INI DENGAN HATI YANG SUCI…SUCIKANLAH HATIMU..PASTI DIA ADA UNTUKMU…!

JANGANLAH KITA TERGOLONG DARI KALANGAN SEORANG DA’IE YANG KECUNDANG..!

JANGANLAH HANYA TAHU BERCAKAP, MENEGUR, TP…BILA TIBA KITA D UJI DENGANNYA, KITA KALAH DAN MENYATAKAN PERKARA YANG SALAH ITU BENAR.

CINTA YANG AGUNG BUKANLAH CINTA YANG PENUH NODA……

MUHASABAH DIRI..!
TANYA PADA DIRI…..
TAJDID NIAT..!
TAJDID AMAL..!
MANTAPKAN TARBIAH….!
ISTIQOMAH!!!!!!!!!!

TIPS-TIPS ATASI ZINA HATI N JAGA IKHTILA’…



1.     JAGA MUAMALAT

2.     JAGA QIAMULLAI


3.     BANYAKKAN MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN


INSYAAALAH AKAN MENGHASILKAN HATI YANG WARA’ DAN LIDAH YANG BERSIH.
TIDAK BERKUMPULDALAM SATU HATI YANG DEKAT DENGAN ALLAH DAN BERMAKSIAT PADA ALLAH MELAINKAN SALAH SATU AKAN MENGAMBIL TEMPAT….
JIKA BENAR PERGANTUNGAN SEBENAR KEPADA ALLAH, LAKUKANKANLAH IA DENGAN IKHLAS DAN SABAR.
JIKA BENAR MAHUKAN ISTERI/SUAMI YANG SOLEHAH/SOLEH, YAKNI BUKAN SOLEH SELEPAS BERNIKAH…TETAPI DARI SEKARANG…BUKAN SOLEH PADA PASANGAN MASING-MASING SAHAJA, TP SOLEH PADA ALLAH….


JIKA MAHUKAN KETURUNAN YANG YANG BAIK, JANGAN ROSAKKAN DARIPADA SEKARANG..
JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, INSYAALLAH ALLAH AKAN MEMELIHARA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DARIPA MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEROSAKAN..
RASAKAN ALLAH ITU MAHA MELIHAT DAN MENDENGAR..
JIKA HATI SUKAKAN PERKARA YANG LAGHA..AKAN DICABUT KEMISAN IMAN….RENUNG2 KAN….