~Sahabat2~

Friday, November 5, 2010

APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?




Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.
Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak . Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:
- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topik asal.
- Perincian Topi-Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapan-Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.
Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”
Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”
FirmanNya yang bermaksud:
“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”
Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.
Note : Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. 




tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:
1.      Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.
2.       Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?


3.      Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihan

4.      Lunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan  dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi :
5.      “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)
6.      Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung mahupun platform lain , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.

7.      Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
8.      Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
9.      Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.


Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.



No comments: