~Sahabat2~

Thursday, April 28, 2011

Puisi Aminah Qutb...:D



Aminah Qutb.... seorang pejuang muslimah yang begitu mendalam cintanya pdNya..pd Allah y Esa..sehinggakan beliau telah  mengarang satu puisi yang begitu mendalam maknanya... sehinnga menusuk kalbu dan menjadi perhatian golongan muslimah yang mana beliau tujukan khas buat suaminya....


“ Sekiranya kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya kita cinta pada Allah,

Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia,

Kita akan mencemburui orang yang mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,

Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cinta kepada Allah juga.


Ya Allah,

Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh MU kepadaku,

maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu,

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Berikanlahku kekuatan agar ku pasrah dalam mengharungi ujian yang kau berikan 

kepadaku.



Ya Allah jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang

yang melabuhkan cintanya padaMu,

agar betambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati

seseorang yang hatinya tertaut

padaMu agar tidak terjatuh aku

dalam jurang cinta nafsu.



Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya

agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang

merindui syahid dijalanMu..



Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

janganlah kenikmatan itu melebihi

indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam

perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..



Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

jangan biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepada mati hanya sekali,

jadikannya pada jalan Allah...”



Amin...

No comments: