~Sahabat2~

Monday, August 8, 2011

Diari Antara aku dan dia….



Diari Antara aku dan dia….
Termenung dan terduduk Faris membaca diari tulisan tangan arwah isterinya (Buku Comel).. sambil mengimbau kenangan demi kenangan...ah…begitu singkat masa berlalu…bisik hati Faris yang masih hiba….
“ Abang.. terima kasih kerana menerima sayang seadanya…dan redha sayang mnjadi permaisuri hati abang..syukran jazilan..insyaAllah…masa yang ada…sayang akan manfaatkan sebaik yang mungkin dan memberikan khidmat yang terbaik buat abang sedaya yang sayang mampu…sayang akan usahakan abang…walaupun sayang tahu..sayang bukanlah insan yang solehah..abang…terima kasih abang..”


“ InsyaAllah sayang…abang hargainya…sayang adalah yang terbaik untuk abang..dan abang harap hanya sayang yang akan menjadi ibu kepada zuriat abang..sayang jangan sedih-sedih lagi ..abang akan sentiasa ada untuk sayang…abang akan menjadi penguat semangat untuk sayang…ada apa-apa sayang mesti beritahu abang…kita sudah pun sah sebagai suami isteri..tiada lagi rahsia..abang terima sayang seadanya sebagaimana sayang menerima abang..sayangkan nak jadi isteri yang solehah dan menyenangkan abang…”
“Abang….tapi…keadaan sayang sekarang…sayang tidak mampu…abang…sayang..”
“Sshh…sayang..sayang tenang ye..sayang jangan bimbang….insyaAllah semua akan jadi lebih baik..kita usaha ye..jangan disebut-sebutkan lagi tentang sakit tu…abang tak suka sayang sedih-sedih…lupakan…kita buka cerita baru ye…cerita antara kita..abang sebagai suami sayang..dan sayang sebagai permaisuri abang..isteriku.”
“abang..terima kasih..tapi. …”
“Sayang…sudah…jangan di ungkitkn lagi tentang itu…insyaAllah sayang sudah sihat sekarang…sayangkan nak hidup dengan abang..sayang mesti kuat..abang akan jaga sayang sebaiknya..sampai sayang lupakan semua kesakitan yang sayang alami….”


Buku Comel
20 Feb 2009
Alhamdulillah..hari ni…hari ke tiga aku di IPG KENT..semua terasa indah sekali..semua orang baik-baik disini..kecuali seorang mamat tu …aku betul-betul menyampah dengan si dia tu…entahla..apa yang tidak kena..mungkin sebab dia pernah menegurku sebab aku kerap keluar malam..em..mungkin…aku akui..betul dia tegur…tapi…dia perlu faham…memang dirumah selalu keluar dengan keluarga waktu macam tu…huhu…tak suke..!
22 Feb 2009
Hari ni…baru aku dapat tahu rupanya mamat yang tegur aku tu..Yang DiPertua (YDP) kat sini..orang Kelantan…negeri jiran rupanya..em..tapi tak bermakna dia tu baik…hari tu tegur aku secara umum….tetap tak suke..!
23 Feb 2009
Hari-hari asyik YDP je ada dalam fikiranku…em..Faris rupanya nama si dia…apa nak jadi pada diriku..tidak dapat dinafikan..dia memang baik sebenarnya..rase bersalah pun ada sebab salah sangka…akulah yang bersalah….:(
3 Mac 2009
Ya Allah…kenapa ni…kenapa aku berdebar betul bila si YDP tu sebut namaku tadi…janganlah aku suka kat dia…ya Allah…aku tak nak jadi macam ini…jauhkanlah aku dari fikirkan soal ni…ya Allah..buangkan perkara ni jauh-jauh dari hidupku..perjalanan masih panjang..mak ayah…tak nak macam ni…huhuhu

20 Mac 2009
Ya Allah…susahnya hati ini…adakah aku sudah terkena penyakit hati..ya Allah..peliharakan hatiku…kenapa begini..selama ini…sesiapa pun yang hadir dalam hidupku..aku anggap macam buih..senang je boleh hilang..apalah ilmu yang dia pakai ni…lagipun..sedarlah…sedarlah…aku memang tidak layak untuk dia tu…cubalah buka mata…dia tu siapa…aku ni siapa…jauh sangat…dia tu insan yang soleh..bukan macam aku ni….ya Allah..berikanlah aku kesedaran…bangun-bangun.!..huhu...tapi.aku dapat rasakan aku mencintainya..ya Allah...hatiku ibarat..bunga mawar yang layu…yang tidak dapat berdiri dengan sendiri..begitulah hatiku yang tidak dapat menghalang cinta yang hadir…
“ya Allah..andai memang dia jodohku…dekatkanlah kami..andai bukan…jauhkanlah..buanglah dia dari hidupku…meskipun aku bukan jodoh untuknya..jodohkanlah dia dengan insan yang solehah..hanya Kau maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu..amin…”


17 April 2009
Ya Allah, happynya..!!..macam tidak percaya… benarkah ini yang berlaku..YDP..Muhamad Faris..dia melamar aku…!!...katanya..nak jadikan aku isterinya..ya Allah..doaku termakbul..tidak ku sangka...rupa-rupanya dia pun ada hati denganku….!..orang yang ku dambakan kini melamarku..alangkah hebatnya kuasaMu ya Allah…walaupun kami ibarat kutub utara dan selatan..Kau telah membuka jalan untuk kami membina mahligai ini…ya Allah…syukur padaMu..semoga…kami sentiasa dibawah lindunganMu…Amin…jauhkanlah kami dari hasutan nafsu syahwat..jadikan kami golongan yang beriman..jadikanlah cinta antara kami adalah keranaMu…amin…


22 Dis 2009
Hari ini..genap 5 bulan aku dan dia telah mengikat satu ikatan iaitu pertunangan. Sememangnya ia adalah perkara yang menggembirakan dalam hidupku..tidak sangka…aku bergelar tunangan orang…tunang kepada Muhamad Faris..orang yang kukagumi kerana peribadinya…pertunangan… memberi seribu makna walaupun sekadar bertunang..
Mulai saat itu..aku makin yakin dan pasti bahawa dialah jodohku..dan itulah doaku saban hari

Namun…ada sesuatu yang membuatkanku semakin sukar untuk meneruskan pertunangan ini walaupun hati ini telah meletakkan dirinya sebagai separuh dari hidupku…sungguh berat ujianMu ini ya Allah..masihkah aku ini terbaik buat dirinya..panggilan telefon dari doktor petang tadi..amat mengejutkanku....aku menghidap barah hati…tidak hairanlah mukaku akhir-akhir ini selalu pucat..dan badanku begitu lemah.. ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang ku rasakan disaat doktor memberitahu keputusan hasil dari ujian darah yang telah kulakukan minggu lepas…ya Allah..beratnya hatiku…


Terasa lemah diri ini… Namun…ku tabahkan hati ini…ku masih mampu tersenyum walaupun pada hakikatnya…hatiku.. meronta..meraung..menangis…
Tp…ku yakin..la yukallifullahu nafsan illa wusa’ha…
Di saat ini…Aku dilemma….
Perkahwinan yang bakal dilangsungkan beberapa bulan lagi..Adakah perlu diteruskan atau putuskan sahaja pertunangan ini…ya Allah…andai semua ini mimpi…kejutkanlah aku dari lena ini…tak ingin aku terus begini…
Ya Allah..Untuk apakah aku meneruskan pertunangan ini andai sudah ku tahu bahawa aku tidak dapat menjalankan dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suri dalam rumah tangga..malahan, harapanku untuk melahirkan insan yang soleh dan solehah pejuang agamaMu..sememangnya tak akan kesampaian dengan kudratku ini..…
Adakah kehidupanku kelak hanya menyusahkan bakal suamiku..adakah aku ini hanya membebankan bakal suamiku…
Ah….dia terlalu baik untuk menerima semua ini….
Dia layak mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya..
Bukan insan sepertiku yang hnya akan mnyusahkan hidupnya
Bukan aku tidak redha ats ketentuanNya..ujian y dberi olehNya..


Tapi…
Apa yang kurasa…lebih baik orang yang menanggungnya hanyalah aku..ya..cukuplah aku sahaja yang menanggung semua ini…
Cukuplah aku sudah menyusahkan ahli keluargaku untuk menanggung kos perubatan ini..tak perlu melibatkan dia…aku sayangkan dirinya…tak sanggup ku menyusahkan dirinya..
Ya Allah..beratnya keputusan ini..
30 Dis 2009
Akhirnya…aku membuat keputusan…iya..aku harus memutuskan pertunangan ini..mesti!...pertunangan ni tak sepatutnya terus berlangsung…aku bakal susahkan orang yang aku sayang…iya..jika aku betul-betul sayang…aku takkan biar dia hidup susah.ckuplah aku yang tanggung semua ini…sakitku.hidupku..urusanku..tak perlu libatkan dia..sedarlah diri tu berpenyakit..jangan susahkan orang..!...nah kata-kata untuk driku sendiri..muktamad..!!..PUTUS.


Ya Allah..beratnya keputusan ni…tapi insyAllah inilah yang terbaik buat diriku dan dirinya…
Aku menerima dia dalam hidupku juga adalah keranaMu…kerana aku ingin menjadi sayap kiri perjuangannya…yang membantunya dalam gerak kerja dakwah…bukan menambahkan kesulitan, kesusahannya untuk jalankan amanahMu…
Ya Allah….moga-moga keputusan ku ini…adalah keputusan yang tepat…
Esok..aku akan suarakan hasrat ini. Aku tekad.
31 Dis 2009
Hari ini..aku mesti mesej dia…iya…ini penting.
Antara aku dan dia…mesti ada kata putus..
Perkara ini ku harus selesaikn antara aku dan dia…tak perlu orang tengah…tak perlu ramai yang tahu.
“Salam, asif ganggu ustaz. Ana nak bagitau, ana sudah fikir masak-masak, anta pun tahu keadaan ana sekarang. Ana hrap anta faham kenapa ana buat keputusan ini. Ana nk putuskan pertunangan antara kita.asif. Waalaikumussalam”
“Waalaikumussalam, ana faham..tapi ana rasa ustazah membuat keputusan dengan emosi, ustazah bertenang, solat, istighfar, minta petunjuk dariNYa, tenangkan diri..fikirkan balik apa yang ustazah minta..maaf, ana tak boleh terima dan tak setuju.waalaikumussalam.”
Balasan mesej darinya membuatkanku terfikir-fikir…salahkah aku…adakah keputusanku terburu-buru..aku mngikut saranan si dia..lantas ku berwudhu’..menunaikan solat..dan memohon kepadaNya.
Setelah selesai solat, tiba-tiba kedengaran satu mesej masuk…


“ Salam…ana takkan terima apa yang ustazah minta melainkan ustazah dalam keadaan betul-betul sedar, dan dapat petunjuk dariNya..ana redha jika ia adalah jawapan dariNya..tentang keadaan ustazah..insyaAllah, la yukallifullahu nafsan illa wusa’ha…jika ini adalah ujian untuk ustazah..maka ianya juga adalah ujian buat ana…ana redha..dan terima ustazah seadanya..dan percayalah pasti ada sesuatu rancangan yang lebih hebat dariNya…dan pasti ada hikmahNya..jangan putus asa dengan nikmatNya…dan ana nak ustazah tahu yang ana bertunang dengan ustazah sebab ana nak buktikan ana memang betul-betul nak jaga ustazah dan tak main-main dengan ustazah. Kemudian, ana tak nak ada orang lain yang miliki hati ustazah melainkan ana. InsyaAllah ana akan bahagiakan ustazah…bertemu kerana Allah..hubungan ini juga terjalin kerana Allah..ustazah..pertimbangkanlah..waalaikumussalam”
Ya Allah…murni sungguh hatinya..
8 Januari 2010
Ya Allah..telah seminggu ku memohon pdMu…berikanlah aku jawapanMu…Amin2 ya Allah…


11 Jan 2010
Pada jam 4 pagi ku bangun seperti biasa…tapi kali ni agak aneh…ya..mimpi yang ku dapat sebentar tadi aneh…betul-betul aneh…ada seorang lelaki tua datang padaku…orangnya sederhana tinggi..kulitnya putih bersih..entah siapa..tapi…bkn itu yang menyebabkan mimpiku itu aneh..tapi apa yang disampaikn padaku…menyuruhku meneruskan pertunangan ini…benarkah ini petunjuk dariNya???
Ya Allah….ku bingung…apa yang ku mimpi…jauh berbeza dengan hatiku….ah….aku tak sanggup melukai hati orang yang kusayangi dengan membebankan dirinya dengan keadaanku…walaupun dia redha denganku..ya Allah…jika ini petunjuk dariMu..ku redha…tapi..bagaimana dengan sakit yang menimpa diri….adakah aku mampu menjadi seorang isteri pejuang Islam…mampukah aku???adakah aku hanya menjadi beban untuknya…iya..aku hanya bebanan..abaikan mimpiku..
Tapi..
Mesej darinya…ku baca berkali-kali…ku faham..dia lebih mengerti keadaanku…tapi biarlah dulu…esok baru ku buat keputusan..ah..sakitku..ya Allah..terasa makin mencucuk2…
Kadang-kadang terasa susah untuk bernafas…badanku makin lemah…mataku makin kabur…kata doktor…mataku mungkin akan terus begini kerana hatiku sudah ditahap kritikal…ya Allah…kuatkan aku….jadikanlah aku dikalangan hambaMu yang dekat padaMu…jadikanlah sakitku adalah penawar dosa-dosaku ya Allah..kuatkan aku..kuatkan aku…


15 Jan 2010
Alhamdulillah…akhirnya..aku yakin mimipiku adalah dariNya..lintasan hatiku kuat mengatakan ianya benar…aku pasrah..insyAllah ini yang terbaik buatku…
Aku akan menerima dia..menjdi sebahagian dari hidupku…tapi aku juga akan redha jika dia akan menduakanku..insyaAllah..lapangkan dadaku ya Allah….
Jadikanlah keputusan ini adalah yang terbaik untukku..Amin..

6 Jun 2010
Alhamdulillah..persiapan untuk perkahwinanku sudah siap semuanya..esok..adalah hari bersejarah dalam hidupku…ya Allah…Kau satukanlah kami dengan ijab qabulMu…Amin….


7 Jun 2010
Syukur padaMu semuanya berjalan lancar walaupun badanku begitu lemah…bahagia betul rupanya bila bergelar isteri…aku berazam akan menjadi isteri dan ibu yang solehah buat suamiku dan bakal zuriatku akan datang..insyaAllah…aku akan usaha sedaya mungkin berikan khidmat yang terbaik..!..yeah..chaiyok2..!!..aku kena kuat…sekuat-kuatnya..!..senyum..:)..pembakar semangatku sudah halal bagiku..insyAllah sampai ke syuga..
Abang…sayang amat mnyayangi abang.


8 ogos 2010
Wahai buku comelku….da lme ku tidak mnulis….sibuk btul..xsmpat nk mnulis…jgn sedih2 ye…hari ni bahagia btul….suamiku blikan seekor kucing untuk mnemaniku bila dia pergi kerja…hepi btul…syg abg..!...buku comel jgn jeles ye…
10 Ogos 2010
Badanku makin lemah…penat dengan semua rawatan kimo….ah…boleh ke aku tak nak semua tu….ubat..kimo…semua tu menyakitkan…tak, aku kena kuat. Aku ada suami yang sayang padaku…kuatkan semangat…!


15 Ogos 2010
Hari ni…aku terasa begitu lemah..kasihan betul melihat suamiku yang sudah tiga hari ambil cuti tanpa gaji kerana menjagaku penuh perhatian..tapi..sayangku..mataku makin kabur…sayangku abang..andai sayang pergi dulu..maafkan sayang ya..sayang tak dapat tunaikn tanggungjawab sayang sebaiknya….sayang tak mampu jadi isteri yang solehah…maafkan sayang….sayang dapat rasakan..masa betul-betul cemburu dengan sayang…abang jaga diri baik-baik ya…kalau sayang dah tak da  jaga buku comel ni baik-baik ya abang..



9 Feb 2010
Abang…sayang rasa sayang makin hampir denganNya…abang doakan sayang ya..sayang dah redha dengan semuanya..nanti kita jumpa di syurga..abang..terima kasih sebab berikan kesempatan untuk sayang menjadi yang halal buat abang…halalkan semuanya untuk sayang..jaga diri baik-baik…
Ya Allah…sesaknya nafasku…..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….


Faris menutup diari arwah isterinya…menitis air matanya membasahkan buku comel itu..ah..sayang…isteriku..maafkan abang..buku comel sayang abang bagi basah..sayang. Abang akan simpan kenangan kita kemas-kemas dalam kamus hidup abang..sayang..ketahuilah...hadirmu bagaikan pelangi..walaupun..sayang hadir hanya sekejap tapi cukup memberikan abang seribu makna..sayunya hati membaca diari itu….oh isteriku..hatimu begitu suci dalam menilai kasih sayang abang…abang fikir…abang yang pergi dulu…maafkan abang kerana merahsiakan penyakit abang..maaf sayang..abang tak sempat memberitahu yang abang..ah....smua tu tak penting lagi…tak guna abang luahkan..apa yang pasti…abang pasti menyusulmu..pasti..sayang…tunggu abang di pintu syurga..bidadariku…




12 comments:

Haruman Kasturi said...

....

Anonymous said...

hehehhe.. dik, all pictures to lukis sendiri ka?? mendoodle?? kalau ya tahniah, tapi kalau x letak link saudari.. heee

muslimah jundullah said...

owh g2..sy man google je..ok2...syukran 4 advice..insyaAllah..mmg cntik lukisan 2...he2..bru sdr sy trlepas pndg..x ubah cm mngmbil tnpa izin..syukran jazilan ats tguran..salam ukhwah..:)

Nabiilah Borhanudin said...

Hati terbuai membaca cerita ni, ditambah lagi dengan nasyid background yg syahdu. Ku berdoa moga diri ini bertemu si dia dalam lembayung kasih dan rahmat-Nya, amin.. Istikharah cinta~

Archyhis Kim said...

Salam ukhuwwah...terima kasih saudari...d ats post2 yg mnarik..blog ini bnyk bg mnfaat pd ana..ad msa follow yer~shukran

muslimah jundullah said...

insyaAllah...:)..syukran jazilan ukhti...smga kita sma2 mndpat insan y soleh..amin

Siti Mariam said...

assalamualaikum..post yang sangat menarik..ana mohon untuk copy boleh..buat perkongsian bersama insyAllah

muslimah jundullah said...

waalaikummussalam..insyaAllah..sme2 ambil manfaat...copy shja..:)

Princess Harada Yanaa :) said...

Apa tajuk lagu ni eh ? best laa .

Harada Yanaa said...

Apa tajok lagu ni eh? Best laa ..

muslimah jundullah said...
This comment has been removed by the author.
muslimah jundullah said...

mf lmbt..:)..lme x berblogging..he3
tajuknye istikharah cinta..<3